KUALA LUMPUR, 29 OKT: Subsidi bersasar bagi petroleum RON95 serta pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 untuk pemegang saham individu antara yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
SHAH ALAM, 28 OKT: Kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Akaun Persaraan (Akaun 1) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ahli mencapai umur 55 tahun, termasuk bagi menunaikan haji.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan membincangkan mengenai permainan digital tempatan yang menerima dana Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan status terkini projek lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
KUALA LUMPUR, 24 OKT: Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan dan boleh menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara berkenaan.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Isu agenda reformasi institusi, pembaharuan reaktor nuklear dan penyelewengan diesel subsidi antara yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Sebanyak 1,915,110 murid dan pelajar lepasan menengah di seluruh negara telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI, setakat semalam.
SHAH ALAM, 22 OKT: Prestasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sentiasa dipantau bagi memastikan ia terus menjadi entiti berprestasi tinggi.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Status terkini usaha kerajaan untuk menokhtahkan miskin tegar dan mekanisme yang digunakan bagi menentukan kategori miskin tegar antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
SHAH ALAM, 21 OKT: Jumlah keseluruhan stok dan penyimpanan beras negara mencukupi setakat ini untuk menampung keperluan bagi tempoh lebih lima bulan (5.6 bulan).
KUALA LUMPUR, 21 OKT: Isu keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan dan kebolehpasaran siswazah menjadi antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 18 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan Madani Ketiga 2025 dengan mengimbau lima perkara penting yang berkait dengan kehidupan rakyat.
SHAH ALAM, 17 OKT: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang mengenal pasti senarai awal bagi plastik sekali guna yang bermasalah, tidak diperlukan dan boleh dielakkan.
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Tiada sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan pegawai kerajaan atau pemimpin politik, terlibat atau bersubahat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) berdasarkan siasatan setakat ini.
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada sesi penggulungan perbahasan dan pengundian bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan.
SHAH ALAM, 16 OKT: Pergerakan nilai ringgit tahun ini antaranya didorong perkembangan dalam pasaran global dan prestasi ekonomi domestik yang kukuh, kata menteri kewangan II.
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi mengatur kaunter atau counter setting didalangi penguat kuasa agensi bertugas di pintu masuk udara negara antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 15 OKT: Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan hingga pukul 10.30 pagi berikutan sebilangan Ahli Parlimen terperangkap banjir susulan hujan lebat ketika dalam perjalanan ke Bangunan Parlimen.
SHAH ALAM, 14 OKT: Malaysia komited untuk menyelesaikan isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif menerusi saluran diplomatik, menjelang tugas sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
SHAH ALAM, 14 OKT: Jalan Masjid India di Kuala Lumpur disahkan selamat untuk semua aktiviti, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul membenarkan lebih banyak soalan diajukan pihak penyokong kerajaan (backbenchers) dalam kedudukan 10 teratas bagi sesi soal jawab lisan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.